Sunday, August 30, 2009



LOKASI : wharf kapit
MASA : waktu pagi
TEMA : orang kuat kapit
TETAMU : orang iban kapit

ada di antara kita jarang melihat adegan ini di tempat kita mahupun di semenanjung malaysia khususnya. tapi aksi berani ini hanya boleh lita lihat di kawasan pedalaman sarawak seperti kapit. pertama kali aku melihat aksi ini pada tahun 2007, dan masa tu aku tergaman...ye la kita ni angkat brg skit dh mengeluh..lg pun mana la aku penah tgk org angkat moto kat belakang dia. ni tahun 2009 sekali lg aku terlihat org iban ni angkat moto kat belakang dia. diorang ni ada digelar "org kuat kapit". mana taknya..leh angkat moto kat belakang, angkat beras 10kg sampai 10 beg sekali gus..aksi di atas berlaku di wharf kapit pada waktu pg dimana ia merupakan waktu puncak kat area wharf. org iban ni akan mengangkat apa saja brg jika ada org perlukan khidmat mereka. ni kira dh kerja dorang la...angkat brg dr express naik kat wharf.

Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.


  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Saturday, August 8, 2009

barclays premier league

kenal logo ni???x kenal???
penah tgk logo ni???xpenah tgk???cam x logo ni???xcam logo apa ni??ADOIYAY!!!bagitau aku logo apa ni???hah!!xkenal maka x cinte...heheheh
ni la logo BARCLAYS PRIMIER LEAGUE...
apa maknanya ni suma???apa kejadahannya aku upload logo ni???tah la...aku pun xtau...cuma aku nk khabarkan yang BPL ni dh x lama lg nk sepak mula...sok 090809 perlawanan pembukaan antara team kipas susah mati aku....MANCHESTER UNITED VS CHELSEA....

exited aku nk tgk game ni...pasal MAN UNITED ngan player yg br...pasal musim ni dh xd ronaldo..dh xd tevez..dh xd cambell...vidic injured...van der sar pun injured...permulaan tuk valencia..tuk owen..tuk kiko macheda...ben foster @ kuszak...beraksi pada klas dorg sendiri...
utk musim ni aku nk tgk rooney ngan berbatov makin hebat ngan skil2 dorg...
so diharap musin ni dpt la kiranya MANCHESTER UNITED mempertahankan kejuaraan liga tuk 4 musim berturut2..hehehe

Friday, August 7, 2009

Guru baru

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”
Pelajar itu menjawab..
“Okey.. boleh saja…!”
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini sedangkan kawan-kawan riang gemmbira bermain ditengah padang tu, cikgu gembira kalau cikgu dapat membantu kamu?”
“tak pe cikgu” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
“… Saya penjaga gol je!”

si penjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”

Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”

Pembeli: “Telur ayam.”

Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam biasa.”

Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”

Pembeli: “Yang tempatan.”

Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”

Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).

Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?”

Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”

Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

walk-in interview

ade satu pagi dengan ade dua org iaitu kamal dan abu.abu ni tengah siap2 nak gi interview dengan jalan kaki.tapi kamal menegur abu

kamal : abu

abu : ape??

kamal : semalam kau kate kau ade interview hari nih.

abu : yelah tengah siap2 nih.x nampak ke

kamal : yelah maksud aku takkan kau nak gi interview jalan kaki kot

abu : aku semalam bace surat.lepas tu dalam surat tu ade tulis walk-in interview jadi aku kene jalan kaki lah

kamal : (dalam hati) bodohnye kawan aku sorang nih

Telur 1/2 masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.

Sunday, August 2, 2009

Seni Sampah


ckp pasal seni...mcm2 objek leh jd objek seni..ni slah satu drnya...
ni aku ambk pasal tema kitar semula...kutip je sampah..cth kertas, tin, botol plastik, ngan botol kaca...pastu warnakn...tampal kat papan..sblm tu papan kena warna ikut color tong kitar semula...
aku wat ni pasal nk tunjukkan pasal sampah2 ni td leh dikitar semula/leh guna semula..cth kertas..kita biasanya akn guna sebelah muka sj..sebelah lg????apa la salahnya kita guna depan belakang skali..jimat skit..klu plastik lak..guna la balik..jgn dibuang..plastik klu ditaman sekali pun makan masa berPULUH tahun tuk terhapus dlam tanah tu...skrang ni pun dh bayk kempen green world kat dunia...aku tertarik masa ada kempen tutup lampu dlu..kita kena tutup lampu tuk seminit klu xsalah aku..satu dunia sambut kempen ni..alhamdulillah!!!sekurang2nya kita suma dh berjimat tenaga elektrik masa tu...kita suma xsedar lg...bila dh jd kat kita br la kita melenting..marah pihak tu tengking pihak ni...padahal kita ni...yg xleh nk berubah...

dok belek2 gamb dlm album..perasan lak gamb ni...
klu xsalah aku ni mase aku kat uitm sri manjung dlu..mase ni aku part 5 kot..(aku pun dh lupa..heheheh)..ngan rambut ala2 beatles..skema je aku kn???hahahaha...kat dinding tu work2 yg aku wat sem tu...aku xwat sumanya...aku suh member aku wan lempuk yg touch-up skit..heheheh..aku ni kan pandai sgt warna2...klu wat 3d objek...aku ok..ada byk lg gambr masa aku kat uitm tu..nti2 la aku upload lg ye...